Hari Kelahiran
Rabu lepas hari jadi adik aku yg ke empat. Aku ingat. Tapi no telefon dia hilang. Tak pe la, aku buat-buat lupa je. Lagipun aku tak rapat sangat dengan dia. So takde la pelik sangat.
Hari ni hari jadi mak aku. Semalam aku ingat. Hari ni sbb workload yang sangat banyak, aku jadi lupa. Lepas solat jumaat abah aku call. Macam biasa abah aku kalo call, die akan tanye benda-benda lain dulu. Nak gi KLCC boleh singgah KL Tower, Bukit Bintang, pusing jauh ke Mid Valley, kemudian ke One Utama, Bukit Jalil dan baru la sampai KLCC. Itu la cara abah aku. Memang susah nak agak ape dia cuba sampaikan kalau dia call. Haha.
Sebenarnya dia nak remind yang hari ni hari jadi mak aku. Dia cakap adik aku no 4 tu je yang ingat. Lantas aku call mak aku. Mak aku cakap adik aku no 3 baru lepas call dan akak aku baru lepas hantar sms. Dang! Semua lupa. Jadi anak derhaka. Lepas tu mak cakap abah pun lupa. Miahahahaha!
Selamat Hari Lahir Ke 47 untuk Emak tersayang,
Aminah Bte Ismail.
Semoga Panjang Umur dan murahkan rezeki.
Semoga cepat dapat menantu perempuan dan cucu (Dang!)
Jem Oren
Sejak lepas raya, aku diassign projek MBPJ. Perjalanan pergi dan balik kerja (di MBPJ) pada peak hour memakan masa lebih sejam. Kalau aku keluar rumah pukul 7.30 pagi, biasanya aku akan sampai di MBPJ pukul 8.30 pagi dan paling lewat penah dicatat adalah 9 pagi (aku perlu masuk kerja ikut waktu pejabat kerajaan).
Tapi keajaiban telah berlaku sejak Selasa lalu. Waktu perjalanan aku ke MBPJ telah berkurangan secara mendadak. Selasa, aku keluar pukul 7.55 pagi dan sampai di MBPJ pada 8.15 pagi. Semalam aku keluar 7.50 pagi, sampai di pejabat pukul 8.10 pagi. Dan pagi tadi aku keluar pukul 7.45 pagi dan sampai pukul 8.10 pagi. Sangat memuaskan hati dan memandu secara gembira tanpa perlu bersesak kepala melihat kesesakkan jalan raya. Haha.
Mungkin masih ramai yang bercuti Deepavali. Atau ramai yang mengelak dari melalui jalan yang aku lalu (Jalan Kelang Lama). Aku harap keadaan ni berterusan. Tak payah aku bersusah payah keluar awal pagi dan menghabiskan masa atas jalan.
*Perjalanan sebenar rumah aku ke MBPJ (tanpa kesesakkan) hanya 10 minit.
**Hidup di KL ni segala-gala jadi sesak. Jalan sesak, poket sesak, kepala sesak. Bosan!~
Menantu
Sejak aku berumur 9 atau 10 tahun, seorang saudara jauh (yang tak berapa nak jauh tapi tak berapa nak dekat) selalu menyakat aku dengan satu perkara yang aku tak berapa nak faham waktu tu. “Simpan duit, nanti dah besar masuk meminang Y (anak gadis dia yang sebaya aku – bukan nama sebenar)” adalah salah satu ayat yang masih aku ingat yang keluar dari mulut makcik tu.
Usikkan makcik tu terus berlarutan. Masa aku sudah di sekolah menengah, makcik ni pernah memanggil aku dengan panggilan “menantu aku” dengan suara yang agak kuat ketika kenduri di rumah arwah atok aku. Agak tersipu-sipu malu aku masa tu (ceh!).
Raya beberapa tahun lepas, aku jadi tak senang duduk masa beraya kat rumah makcik ni. Mau tak nya, suami dan sorang anak dia dah join da club menyakat aku sedemikian rupa. Sebelum ni tahan sikit sebab cuma makcik ni je yang menyakat aku.
Beberapa hari lepas, dua perbualan hangat berlaku ketika dan selepas orang tua aku mengadakan marhaban di rumah.
Perbualan 1 :
Y (anak gadis si makcik) : Mak Min jangan lupa datang rumah 27hb ni…
Mak : Bertunang ke? Ke nikah terus?
Y : Tanya mak.
Makcik : Ah, taklah. Orang suruh masuk meminang tak nak.
Mak : Meminang untuk sape?
Makcik : untuk erol la.
Perbualan 2 :
Mak Uteh (Kakak kepada mak aku) : Dia memang nak sangat erol jadi menantu dia kot?
Mak : Entahlah.
Mak Uteh
egi je la meminang.
Mak : Erol tak nak.
*Perbualan diatas berdasarkan apa yang mak aku cerita kat aku. Satu perkataan je yang mampu aku katakan lepas mak aku cerita, “Duh!”.

