Sentiasa Bersyukur

Ada orang hidupnya mudah dan lancar dari lahir sehingga matinya. Tapi ramai yang tidak begitu.

Kita lihat orang lain hidupnya begitu teratur dan bahagia, terdetik hati kita walau sekali “Kenapa aku tak bertuah seperti dia?”. Sebenarnya kita tak sedar, kita sebenarnya masih bertuah. Masih ramai yang tidak bernasib baik seperti kita.

Setiap orang ada bahagian masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan bahagia. Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan diuji oleh-Nya.

Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.

Jangan merungut bila di uji kerana Allah pasti akan memberi ganjaran di kemudian hari. Dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur bila di dalam kesenangan dan jangan leka kerana Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata.

Ini pesanan untuk aku dan kamu. Ini bukan tulisan yang merapu.

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)