Bila berborak dengan otai
Selasa lepas aku luangkan malam aku untuk join tweetup di Pelita, KLCC. Kalau ikutkan, aku memang segan nak join. Tambahan pulak ada otai-otai WebDev. Jadi aku heret wife aku sekali. Nasib baik wife aku pon tergolong dalam golongan “geek”. Kalau tak mesti muncung dah panjang sebab tak paham apa yang semua orang bualkan. Haha.
Tweetup ni buat aku kenal lebih dekat dengan nama-nama besar seperti tekong, eddie a.k.a noktah hitam dan bat. Berborak dengan mereka boleh aku katakan sangat berharga. Masing-masing banyak pengalaman sebagai WebDev dengan syarikat sendiri.
Edit on 12.37PM : Lupa nak sebut yang ada datang tweetup ni selain nama-nama besar tu seperti, Fiona a.k.a IcedNyior, Khairul dan @wfxyz (sorry bro, aku lupa nama ko)
Lepas berborak dengan tekong, baru aku sedar salah satu projek yang ada dalam perancangan aku mempunyai idea yang sama dengan salah satu projek yang syarikat dia sudah pun lancarkan. Rasa sedikit down. Tapi sangat berterima kasih pada tekong sebab terus bagi sokongan untuk aku teruskan projek tu. Terima kasih pada iwani juga sebab sama-sama beri sokongan.
Eddie pulak banyak bagi idea-idea yang mantop untuk aku implement dalam projek tu dan projek-projek lain. Dia orang ni sentiasa bagi sokongan. Padahal baru je kenal. Seronok kenal dengan orang-orang macam ni.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.


good luck bro…asyik tak dpt jer jumpe ko..yg lain2 ko mention atas ni sume aku dah jumpe..adeh..
Reply