Katakan tidak pada negatif

Kebelakangan ni, aku sering dapat pendapat-pendapat negatif. Selalunya aku gemar berdepan dengan manusia-manusia sebegini dan sentiasa mencangkul ayat-ayat positif dan bermotivasi secara spontan untuk mematahkan setiap pendapat negatif. Cuma kebelakangan ni, aku tidak mampu berdepan dengan manusia begini. Aku sendiri sedang sedikit goyah. Sedang mencari ayat-ayat positif dan motivasi. Dalam keadaan begini aku lebih mudah patah dan tumbang dengan pendapat-pendapat negatif. Terutamanya bila ianya berkaitan dengan perkahwinan. Sudahnya aku mudah melenting dan kau akan dapat ayat lazer aku dengan separuh bertapis. Itu pun jika kau bernasib baik kalau aku masih mahu bertapis!

Beberapa hari lepas, seorang saudara terdekat aku cuba meracun pendapat-pendapat negatif pada aku melalui YM. Pada aku, apa yang dikatakan oleh saudara aku ni, mmg sudah menjadi kelaziman pada mulut-mulut orang melayu, atau lebih mudah aku kata sebagai “typical minded of malay“. Setuju atau tidak bila aku katakan yang dalam MINDA ORANG meLAYU sudah diterapkan dari dulu dengan definasi KAHWIN adalah SEKS SEMATA-MATA? Bila kata mahu kahwin, mulalah keluar perkataan “dah gatal“, “dah miang” atau “dah mengenyam“.

WTH??!!~ Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang mulia. Perkahwinan adalah sunah nabi. Malah Nabi SWT tidak akan mengaku seseorang yang berniat untuk tidak berkahwin sebagai umatnya! Begitu besar pengertian dan kemuliaan perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ibadah. Apa juga perkara yang baik yang kau lakukan untuk/bersama pasangan kau, kau dapat ganjaran pahala. Walau dengan hanya tersenyum pada pasangan kau! Kenapa mesti tercemar dengan pemikiran meLAYU yang sebegini?

Lebih aku panas bila kau mempersoalkan tentang rezeki untuk berkahwin. Bukankah Allah telah berjanji bahawa setiap hamba-Nya ada rezeki masing-masing. Kau tak perlu risau tentang rezeki. Apa yang kau perlu lakukan hanya BERUSAHA dan BERTAWAKAL. BERUSAHA dahulu, baru BERTAWAKAL!

Kau mempersoal tentang kekangan masa setelah berkahwin. Sedar atau tidak bahawa mereka yang berkahwin lebih terurus masanya daripada orang bujang? Tapi kalau kau tak fikir tentang tanggungjawab kau selepas berkahwin dan terus hidup seperti orang bujang, sampai mati kau takkan terurus!

Tak boleh enjoy? Cuba kau berikan definasi “enjoy” secara tepat pada aku. Bagi aku cukup sudah enjoy. Enjoy orang bujang banyak mengundang dosa. Enjoy mereka yang berkahwin mengundang pahala. Nah! Mana yang kau pilih? Tak boleh lepak dengan kawan-kawan? Siapa cakap tak boleh? Tapi berpada-padalah!

Aku bukanlah baik sangat. Aku cuma ingin cuba berubah menjadi lebih baik. Dan buat masa ini, aku tidak mengalu-alukan pendapat negatif kau! Kau simpan dalam kocek saja. Jangan cuba-cuba cakap something negatif terutama berkaitan dengan kahwin. Silap-silap kau akan di maki atau mungkin dihalau dari majlis aku jika kau cuba berbuat begitu pada hari tersebut.

Jika kau masih mahu bercakap negatif tentang kahwin, kau NGOMONG SAJA SAMA TANGAN!

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Pada aku lah kan. Bleh je kalau nak lepak-lepak tu. Takde masalah pun. Aler. Nanti sure ada member2 yang nak kawen. Masa tu lah bleh lepak-lepak.

Malah hidup lebih bermakna bila kita dah kahwin. Oh, jangan salah tanggap. Bukan maksud aku orang yang dah kahwin, hidupnya lebih bermakna, dan orang yang belum kahwin hidupnya tak bermakna. Cumanya.. aler.. fikirlah sendiri. :) Kalau dah sampai seru tu, jangan peduli sangat apa orang cakap.

Kay, toksah la ambil hati sangat dengan apa yang orang cakap tu. Anggap je diorang gurau. Kalau diorang cakap dah gatal nak kawen semua tu. Ko jawab je sambil sengih2 “ha ah.. memang tengah gatal ni.. bleh kerukkan..” .. atau.. “alerhai.. makcik, pakcik, sipolan, aku dah memang tengah gatal ni. nak buat macam mana. ko bleh selesaikan masalah aku ke?” ahahah.. kan ke best kan.

Lagi pulak.. kalau kita dah kahwin, rezeki melimpah ruah. Memang Allah dah janjikan tu. Hidup pun akan lagi tenang. Lagi pulak kalau ada anak. Rezeki lagi bertambah.

Eh.. k la.. ni bukan 2 cents lagi.. ni dah 30cents dah ni. ahaha.. :) )

Reply

Kay reply on December 25th, 2008 1:36 am:

wow.. aku ske komen ko.. hahaha.. aku sbnrnye mmg tak kesah sgt dierang nak ckp ape.. cuma kalo dah selalu sgt, naik menyampah gak aku.. nak2 ade yg siap ckp “kalo kawen skang ni, silap2 cerai berai mcm abby dengan norman hakim”.. tak ke membara dengar?

Reply

ikoko reply on December 25th, 2008 1:39 am:

ahaha.. patutnya diorang doakan kebahagiaan kau.. tu.. kurang kasih sayang ke apa dok cakap gituh.. aih..

Reply

Kay reply on December 25th, 2008 2:00 am:

urmm.. mungkin jugak die jeles.. sbb keadaan tak membenarkan die kahwin dalam masa 2 atau 3 taun ni.. mungkin..

Reply

muahahaha…bodo gile sape ckp kawin sbb pasal seks.Mungkin ape dia cuba sampaikan ialah utk mengelakkan seks secara haram,tetapi cara penyampaiannya tidak bijak lalu mengundang kemarahan.

berkahwin itu adalah dimana kemuncak hubungan sesuatu pasangan itu.Persepsi masyarakat kita yg suka mengait2kan permasalahan org lain utk dijadikan tauladan spt diatas disampaikan dgn tidak begitu bijak lalu mengundang emosi kepada org yg disampaikan.

Tidak salah iktibar hubungan org lain itu dijadikan contoh,tp cara penyampaian itu biarlah kena caranya.Sesungguhnya Allah S.W.T itu merancang terbaik bagi setiap manusia

p/s:fuhh…aku ke komen neh weih?hahaha…

Reply

nieja reply on December 25th, 2008 3:20 am:

wah..mcm x pcya naps komen mcm ni..haha

Reply

napster reply on December 25th, 2008 4:11 am:

muahahaha,baru tau?kHAKhakHAKHa…

Reply

Kay reply on December 25th, 2008 8:54 am:

errrr.. wow!~ thanks bro… huhu

Reply

ni alamat umah i
d1a, gang wuni
jalan kaliurang 4,5
bulaksumur yogyakarta
indonesia.
cpt tau kirim kad kawen!!!!
tak jempot i siap u!

Reply

nieja reply on December 25th, 2008 3:08 pm:

semangat gile u totin..
teros bg add haha

Reply

Kay reply on December 29th, 2008 8:43 am:

tuh la pasal.. dah terkujat ni.. tros bagi alamat.. org blom ape2 lagi neh.. hahaha

Reply

Leave a comment

(required)

(required)