Menantu
Sejak aku berumur 9 atau 10 tahun, seorang saudara jauh (yang tak berapa nak jauh tapi tak berapa nak dekat) selalu menyakat aku dengan satu perkara yang aku tak berapa nak faham waktu tu. “Simpan duit, nanti dah besar masuk meminang Y (anak gadis dia yang sebaya aku – bukan nama sebenar)” adalah salah satu ayat yang masih aku ingat yang keluar dari mulut makcik tu.
Usikkan makcik tu terus berlarutan. Masa aku sudah di sekolah menengah, makcik ni pernah memanggil aku dengan panggilan “menantu aku” dengan suara yang agak kuat ketika kenduri di rumah arwah atok aku. Agak tersipu-sipu malu aku masa tu (ceh!).
Raya beberapa tahun lepas, aku jadi tak senang duduk masa beraya kat rumah makcik ni. Mau tak nya, suami dan sorang anak dia dah join da club menyakat aku sedemikian rupa. Sebelum ni tahan sikit sebab cuma makcik ni je yang menyakat aku.
Beberapa hari lepas, dua perbualan hangat berlaku ketika dan selepas orang tua aku mengadakan marhaban di rumah.
Perbualan 1 :
Y (anak gadis si makcik) : Mak Min jangan lupa datang rumah 27hb ni…
Mak : Bertunang ke? Ke nikah terus?
Y : Tanya mak.
Makcik : Ah, taklah. Orang suruh masuk meminang tak nak.
Mak : Meminang untuk sape?
Makcik : untuk erol la.
Perbualan 2 :
Mak Uteh (Kakak kepada mak aku) : Dia memang nak sangat erol jadi menantu dia kot?
Mak : Entahlah.
Mak Uteh
egi je la meminang.
Mak : Erol tak nak.
*Perbualan diatas berdasarkan apa yang mak aku cerita kat aku. Satu perkataan je yang mampu aku katakan lepas mak aku cerita, “Duh!”.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
kalau aku pn pening juga begitu.
sbb masok hal sedara mara ni susah nak jawab.
nak kate tak pon salah.. kang kata ya rasa bersalah pula pada diri sendiri.. haha.
ape2pon kalau kau ade hati kat y
y not?
tapi kalo ko mahu pada pilihan kau…
apa kata kau ckp mcm ni..
” mak, biarlah erol merantau.. erol tak mahu jika keputusan erol kelak membuat ikatan saudara kita semakin rengang. maafkan erol mak..”
lalu kau pergi ke mana-mana yg kau suka.
oke kesimpulannya:
kalau suka take it, kalau tak suka leave it.
celamak. ckp mmg la senang..
aku rasa aku dh tepesong jaoh ni.
ko nak ke tanak kat y?
tapi org kate kalo kawen sama sedare anak lembap.
hahahaha!! siyes ni. jgn mara aku.
Kay reply on October 30th, 2008 12:28 am:
haha.. sbnrnye family aku pon bukan amik kesah sgt pasal benda ni.. cuma bile jumpe dgn makcik tuh je citer ni timbul.. so aku tak rasa aku perlu pkkan sgt hal ni.. biarla Allah tentukan.. hehe..
adik makcik ni ada yg kawen dgn sepupu sendiri.. anak2 die semua ok je.. belajar mcm org biasa gak.. sampai gak tahap diploma/degree..
cni ade lumba jadik 1st commentator tak?
haha
baik lah mari ke komen..
seperti jawapan bro pada soalan chika.
bro tulis xda jawapan. haha..
err kalau dia tu ok,y not kan =)
give urself chance lol :p
beria-ia betoi mak Y(bukan nama sebenar) nak bro :p
kualiti apakah dalam diri sampai excited sgt ni?
nnt semua mak nak jodohkan bro dengan anak perempuan mereka.
Kay reply on November 3rd, 2008 1:42 am:
as u know, i already have my own choice.. hehe..
jawapan pendek tapi padat..
kualiti yg sgt berkualiti punye.. kalo cakap kang ramai yg carik menantu pakat tanye encik google lalu sampai ke sini.. susah plak nak handle nnt.. huhu


aku dengan ini, merasmikan kay.kronikus.com dengan menggunakan jemari cantek aku sendiri.
*potong riben dalam hati*
kita terus kepada komen :
engkau sebenarnya nak ke tak nak si Y?
Reply
Kay reply on October 29th, 2008 4:00 pm:
bagus.. potong dalam hati je yek :p
utk soalan ko tuh.. err.. takde jawapan :p
Reply
chika reply on October 29th, 2008 4:47 pm:
kalau ada riben depan mata, lama dah aku potongkan. tanak buat upacara pecah ais?
Reply
Kay reply on October 29th, 2008 11:21 pm:
belum boleh buat masa ni. aku takut masa upacara pecah ais ada yg sesat gi pecahkan kelapa plak kat sini.. tak pasal2 nnt aku pecahkan kepala org tu plak.. haha
Reply
yonna reply on October 30th, 2008 1:06 pm:
jari jemari cantek?
Reply