Sentiasa Bersyukur

Ada orang hidupnya mudah dan lancar dari lahir sehingga matinya. Tapi ramai yang tidak begitu.

Kita lihat orang lain hidupnya begitu teratur dan bahagia, terdetik hati kita walau sekali “Kenapa aku tak bertuah seperti dia?”. Sebenarnya kita tak sedar, kita sebenarnya masih bertuah. Masih ramai yang tidak bernasib baik seperti kita.

Setiap orang ada bahagian masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan bahagia. Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan diuji oleh-Nya.

Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.

Jangan merungut bila di uji kerana Allah pasti akan memberi ganjaran di kemudian hari. Dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur bila di dalam kesenangan dan jangan leka kerana Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata.

Ini pesanan untuk aku dan kamu. Ini bukan tulisan yang merapu.

Membuli isteri

Wife : I`m glad being ur wife! muah!
Me : erk?
wife : cakapla terima kasih
Me : sama2
wife : bukanla. abang cakap –> terima kasih
Me : sama2
wife : huuu! tamo kawan
Me : ok. Bye2
wife : ceee

Membuli wife sebegini adalah menyeronokkan. tidak kira di mana saja dan bila-bila masa. terutama masa dia nak manja2. wakakaka. ;-)

Spam paling lawak!

Baru-baru ni aku terperasan satu SPAM kat salah satu blog aku. Spam yang sangat menggelikan hati aku.

“Do Asians throw hamburgers at their weddings since American’s throw rice at theirs?”

WTF?! Tak ke macam lawak tu?
Ada ke asians baling hamburgers?
Ada sesiapa nak cuba baling hamburgers kat kenduri kahwin sendiri?
Kalau ada beritahu aku! Mesti menarik! hahaha

Bila berborak dengan otai

Selasa lepas aku luangkan malam aku untuk join tweetup di Pelita, KLCC. Kalau ikutkan, aku memang segan nak join. Tambahan pulak ada otai-otai WebDev. Jadi aku heret wife aku sekali. Nasib baik wife aku pon tergolong dalam golongan “geek”. Kalau tak mesti muncung dah panjang sebab tak paham apa yang semua orang bualkan. Haha.

Tweetup ni buat aku kenal lebih dekat dengan nama-nama besar seperti tekong, eddie a.k.a noktah hitam dan bat. Berborak dengan mereka boleh aku katakan sangat berharga. Masing-masing banyak pengalaman sebagai WebDev dengan syarikat sendiri.

Edit on 12.37PM : Lupa nak sebut yang ada datang tweetup ni selain nama-nama besar tu seperti, Fiona a.k.a IcedNyior, Khairul dan @wfxyz (sorry bro, aku lupa nama ko)

Lepas berborak dengan tekong, baru aku sedar salah satu projek yang ada dalam perancangan aku mempunyai idea yang sama dengan salah satu projek yang syarikat dia sudah pun lancarkan. Rasa sedikit down. Tapi sangat berterima kasih pada tekong sebab terus bagi sokongan untuk aku teruskan projek tu. Terima kasih pada iwani juga sebab sama-sama beri sokongan.

Eddie pulak banyak bagi idea-idea yang mantop untuk aku implement dalam projek tu dan projek-projek lain. Dia orang ni sentiasa bagi sokongan. Padahal baru je kenal. Seronok kenal dengan orang-orang macam ni.

To-do list

Banyak betul to-do list aku yg belum di strike-out.. still banyak nak kene buat.. sakit juga otak bila memikirkan.. Aku pon makin lama makin malas. Asyik tengok tv layan CSI, Chuck, Astro Warna. Adoi. Bila la nak berubah ni.

Antara to-do list :

Itu antara yang ingat. Yang tak ingat entah berapa banyak. Tapi semua tu projek sendiri dan tak de keuntungan pun. Mungkin sebagai pelaburan utk masa akan datang. Hope ada la yang siap nanti.

P/s : Rasa annoying plak bila ada budak-budak yang guna nickname seakan-akan nickname aku.. boleh bikin orang confuse.. Bencik!